Sistem siraman amat penting dalam teknik pertanian fertigasi ini. Ini adalah bagi menentukan tanaman kami memperolehi cukup siraman sepanjang hari. Cocopeat yang digunakan merupakan medium tanaman yang tidak dapat membekalkan nutrein. Sebagai alternatif sistem siraman perlu sempurna dalam melaksanakan tugas siraman air berbaja kepada tanaman kami.
Persediaan ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu penyediaan tiub penitis (dripper) dan penyediaan tangki utama. Saiz yang sesuai untuk skala 1000 pokok adalah tangki berkapasiti 600 galon atau 2300 liter. Ini adalah kerana setiap tanaman memerlukan air sebanyak 2 liter sehari (maksimum). Maka persediaan sebanyak 2000 liter perlu tersedia tampa gagal. Secara tidak langsung, pengurusan menyediakan air berbaja ini menjadi ringkas ( 1 x sehari).
Kami menggunakan motor pam air berkuasa 1hp. Ianya agak bersesuaian dengan tugasan tersebut. maklumlah tekanan yang bersesuaian amat penting bagi menentukan setiap pokok mendapat jumlah titisan yang sempurna.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Skala 1000 pokok memerlukan kaedah siraman berjadual secara automatik melalui penjadualan mesin masa (timer). Kami jadualkan siraman sebanyak 5 kali sehari iaitu pada jam 0830, 1030, 12,30, 1500 dan 1700. Setiap siraman kami tetapkan selama 5 minit.
![]() |
![]() |
![]() |











