Menyediakan media tanaman adalah antara fasa utama dalam projek fertigasi ini. Kelab T’Cafe PUSPEKA telah memilih untuk menggunaka ‘cocopeat’ sebagai medium tanaman fertigasi ini. Ia adalah sabut kelapa yang telah dikisar halus. Kami menggunakan 100% cocopeat tanpa mencampurkannya dengan media lain seperti sekam padi. Ini adalah kerana ianya lebih mudah diurus.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bekalan kami perolehi dari Jelapang, Perak. Ianya dibungkus didalam guni. Berat 1 guni dalam lingkungan 5Kg. 1 guni boleh mengisi 8 unit polibag 16×16. Setiap polibag kami isi dengan kuantiti antara ½ ke ¾ sahaja. Ini adalah memadai kerana akar cili tidak pergi jauh ke bawah. Oleh itu sekiranya kita mengisinya dengan penuh maka di bahagian paling bawah sebenarnya tidak digunakan.
Kerja-kerja mengisi ‘Coco peat’ kedalam polybag bermula pada 03 Ogos 09 . Ia perlu disiapkan mengikut perancangan kerana kelewatan akan memudaratkan semaian cili yang telah cukup tempoh (25-30 hari).
Polybag yang telah siap diisi dikumpulkan disatu kawasan. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘flushing’ sebelum anak cili dipindahkan dari tray semaian ke dalam polybag tersebut.
Kerja-kerja ini kami lakukan selepas jam 1700. Ianya memakan masa beberapa hari, maklumlah ia adalah kerana hobi dan kokurikulum kami saja. maka setiap hari kami hanya memperuntukkan 2 jam dan akhirnya fasa tersebut selesai 100% pada 12 Ogos 09. Penat juga untuk menyiapkan 1000 polybag ini… namun demi kepuasan kami lakukan dengan sabar dan penuh keikhlasan.
